Assalam..
Dah lamanya saya tak menulis..Rindu.
Tadi sepupu saya beritahu dia suka baca tulisan saya. Dia baca kesemuanya. Yay!! Suka saya mendengarnya. Kembang kempis atas bawah..har har harunnn (pinjam dari cik ninie sunchez). Sokongan yang macam ini la yang buat saya lebih bersemangat nak menulis. Saya pun tengah banyak ilham ni sebenarnya.. Ilham-ilham ni banyak 'masyuk' ketika saya sedang memandu. Alhamdulillah.
But today is different. Ini bukan ilham saya. Ada seorang kawan saya petang tadi bagi saya soalan 'hangit'..haha. So my writing today is actually my answer for her question.
Soalan dia : Susah ke jadi ibu tunggal? Atau adakah kasih sayang kita akan lebih kepada anak-anak bila kita jadi ibu tunggal ni?
Jawapan saya :
Ada susah ada senangnya..bergantung pulak penyebab kita menjadi ibu tunggal ni. Apa sebabnya kita memilih menjadi ibu tunggal? Bukan memburukkan sesiapa apatah lagi bekas suami saya tetapi saya menjadi ibu tunggal setelah 12 tahun berusaha 'membaiki' hubungan kami. Saya memilih menjadi ibu tunggal kerana tiada bezanya keadaan saya bersuami mahupun tanpa suami. 12 tahun usia rumahtangga kami..11 tahun suami saya tidak bekerja!! Kesimpulannya...segala urusan rumahtangga/bil/makan minum..saya tanggung/sediakan..so..whats the point of having a 'husband'?
Sepanjang perkahwinan, saya banyak menyalahkan diri sendiri setiap kali kami bertengkar. Saya jadi terlalu merendah diri..I always think that i wasn't good enough as a wife. Ya Allah...mengenangkannya pun boleh buat saya letih. I worked very hard for our marriage. I was thin and sad and lonely.
Sebelum saya pergi lebih jauh..saya minta maaf terlebih dulu ye..Kita ni diajar dari kecil kononnya kena hormat suami..tak boleh melawan..suami tu betul..tak boleh keluar rumah tanpa izin suami..syurga isteri ditelapak kaki suami..bla bla bla.. Tak mampu saya list down semuanya. Saya belum cukup ilmu untuk mengurai permasaalahan tersebut disudut pandangan islam..tapi saya rasa saya cukup pengalaman untuk dikongsikan kepada pembaca...anda boleh jadikan teladan mahupun sempadan..Tepuk dada tanya selera. Terpulang.
Bukan seorang yang bertanya saya soalan yang sama..ramai. Saya tanya balik..adakah anda masih ada perasaan terhadap suami? Masih sayang tak? Kalau jawapannya.."sayang la jugakk.."..Stop!! Itu bermakna anda belum bersedia menjadi ibu tunggal. As a single mother..you will be feeling very lonely..Bukan selepas seminggu dua bercerai tau!!..Tempoh seminggu dua selepas penceraian tu you'll have all the support from people around you..mostly your family and close friends. Kalau pula orang-orang yang rapat tu tahu pulak punca penceraian..if you on the right side..that support will be with you for months.
But..Life goes on!!
We always tend to forget that. Mereka-meraka yang menyokong anda ada keluarga sendiri..masalah sendiri. Keperluan sendiri. Mereka akan busy jaga hal sendiri.Mereka akan perlahan-lahan jauh dari anda..bukan menjauhkan diri tapi orang lain ada hal lain nak jaga..bukan asyik nak jaga hal kita je.. That's when you will feel so damn lonely!! That's when you'll start mourning. That's when you'll start thinking about HIM!! All the love you both had. Where you met him first time.. Manis masa bercinta semua terasa kembalilah.
Campur pulak nak kena jaga hal anak. Hal sendiri belum lepas. Jiwa sendiri sedang sakit..kena pulak dengar anak menangis mulalah rasa nak melempang saja. Padahal bukan salah anak tu.
Disini saya selitkan ; berbuallah dengan anak-anak anda. Berkawanlah dengan mereka. Berbincanglah dengan anak-anak. Janganlah rasa sebagai anak..mereka tu tak tahu apa. Anak-anak kita diam sebab kita yang ajar mereka diam..jangan sibuk hal orang tua konon. Anak-anak zaman sekarang bijak. Mereka faham situasi keliling terutama ibu bapa mereka. They are not stupid. Jika anda memilih untuk berpisah dengan ayah mereka...pastikan mereka faham kenapa.
Anda harus kuat semangat. Dugaan sebagai ibu tunggal ni banyak. Kiri kanan depan belakang. Kadang-kadang kita boleh terduduk dibuatnya. Saya bercerai tanpa ada nafkah edah..tanpa ada perjanjian nafkah untuk anak-anak. Ada yang bertanya ..kenapa saya tak minta? Semasa berkawin pun suami tidak menangung..inikan pula selepas percerai. I'm not interested of fighting for it. As long as i am no longer with him as his wife...that's all i asked for.
As for her second question..adakah kasih sayang kita terhadap anak-anak akan lebih setelah kita bercerai? Pada saya lain orang lain caranya. Pada saya..bercerai atau tidak..kasih sayang saya pada anak memang kuat. Tapi betul..suami ni kadang-kadang boleh jadi lebih 'mengada-ngada' dari anak kita. Ada jenis suami yang boleh merajuk bila kita lebihkan anak-anak dari mereka. Saya akui saya lebihkan kehendak suami dari anak-anak. Saya lebihkan suami dari diri sendiri!! Kalau saya ada RM5..RM3 untuk suami beli rokok..RM1 seorang untuk anak-anak. Saya tengok je. Ada ke patut? Bodohkan saya..
Saya jadi bodoh kerana rumahtangga. Saya tunggu keputusan suami untuk apa saja. Saya jadi penakut. Saya tak ceria. I always pretend to be in happy marriage even i wasn't from the start...sampailah saat saya rasa.. THIS HAS TO STOP.I was too tired trying to fix our marriage. I can't do it anymore. I gave up!
So...susah tak jadi ibu tunggal? Ada masa susah..Tak ada masa senang. Cuma akan ada ketika..hati kita 'tenang'. It's just you and your kids. Tenang bila kita rasa dengan anak..kita masih boleh bentuk mereka..lentur mereka. Sebaliknya dengan suami dah tak boleh nak buat apa lah. Jika penceraian jalan terakhir dan terbaik ...maka.........
Lagi satu ye..niat kita kenalah betul. Niat berkahwin untuk apa? Niat bercerai pula untuk apa? Kalau niat kita dah tak betul..maka kesudahannya tak betullah juga.Susahnya jadi ibu tunggal sebab urusan sekolah anak-anak ibu yang sediakan..belanja sekolah anak-anak ibu yang cari..makan pakai anak-anak ibu yang pastikan terhidang..Ibu yang semacam bertanggungjawap keseluruhannya. Jika semuanya semacam menjadi tugas IBU..so apakah gunanya BAPA?...Susahnya jadi ibu tunggal sebab kebanyakkan hal rumahtangga isteri yang pikul..isteri yang sediakan..isteri yang semacam bertanggungjawap keseluruhannya. Jika segalanya sudah menjadi tugas ISTERI..so apakah gunanya SUAMI?
Susah tak?
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
sedih lak baca ni....:(
ReplyDelete