Monday, 19 November 2012

Durian punya cerita...

Musim durian sudah tibaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...
  Kalau memandu ikut 'jalan lama' dari Jeram ke Gopeng (or opposite way)..semerbak bau durian menusuk lobang hidung..hehehe. Siapa yang tak suka durian tu..sewaktu melalui jalan ni kena la tahan nafas sikit sampai biru..padan muka!! Haha.
I used to be durian lover. A BIG one!! I say 'i used to' sebab entah kenapa 4-5 tahun kebelakangan ni saya tak boleh lagi makan durian banyak-banyak macam dulu. Saya pun heran. Ada kalanya sekarang ni bila saya makan lebih dari 3 ulas..mata saya jadi gatal-gatal. Pelik bin ajaib. Ada masanya pulak...saya beria-ia pergi membeli..tapi bila dikupas..nampak je isinya..saya rasa nak muntah. Tiba-tiba perut saya berbau tempoyak. Hairan....sungguh hairan! But i still call myself a durian lover. Tak kira la muntah ke..gatal ke..saya tetap suka durian walaupun bukan lagi 'hantu' macam dulu.

  Hari ni saya nak meminjam cerita mama saya pasal durian ni. Mama saya ni dulu garang sangat..ye lah..dia mama muda..cepat naik darah..faham tak faham je lah.. Tapi one special thing about my mom is..dia langsung tak berkira pasal makan. Maklumlah..anak 9 orang. Hal makan minum kena ambil berat. Mama tahu anak-anak dia semua 'batak' buah. Musim rambutan..dibeli rambutan sampai semua batuk..baru stop. hehehe.. Musim manggis..mama masuk kampung beli manggis seguni..kami makan sambil lap tangan kat baju..Mama bising sebab baju semua kotor sebab kena getah manggis..baru stop. hahaha. Mama pernah ikut rombongan pegi Padang Besar..dia balik bawak berkilo-kilo mangga thai dengan buah laici. Hambek ko!! Makan sampai lebam!!..hihihi...
  Melalut pulak eh..hehehe..Berbalik cerita durian ni tadi. Kisah berlaku semasa kami semua masih kecil. Mungkin adik saya yang paling kecil ketika tu si Rini. Saya pun masih di sekolah rendah. Ketika itu musim durian (kalau musim lain idak le keluo citer ni..yedak?..hehehe). Kata mama, masa tu hidup kami sekeluarga cukup-cukup makan je. Papa kerja dengan LLN (sekarang TNB..papa dah pencen)..Mama rajin sangat ambil upah menjahit..Jadi la untuk menampung perbelanjaan keluarga.
  Masa tu kata mama, duit dalam tangan ada RM15 je..tapi mama nak sangat belikan durian untuk kami adik beradik. Mama sedih sangat pasal itu la duit untuk belanja dapur. Nanti kalau dibuat beli durian...tak makan nasi pula kami adik beradik. Kesedihan mama tu terbawa-bawa kedalam mimpi.
  Malam tu mama mimpi dia pergi juga beli durian dengan adik lelaki saya si Wa. Masa tu kalau nak beli durian yang bagus..pergi ke Kampung Bata. Nak pergi ke Kampung Bata ni kena melintas jalan keretapi bersebelahan post guard workshop LLN masa tu. Dalam mimpi mama, ketika dia nak melintas jalan keretapi tu..tiba-tiba mama dengar suara mengilai. Kuat sangat datang dari arah sebuah pokok besar dan tinggi di seberang sana. Mama peluk Wa kuat-kuat. Dua beranak menggigil. Suara mengilai makin lama makin kuat. Mama takut sampai menangis..sampai mama terjaga.
  Subuh tu..dalam pukul 5.30 pagi..mama gerak Wa. Mama ajak Wa temankan dia. Mama nak juga belikan durian untuk kami. Pergi la dua beranak ni naik basikal. Tinggalkan basikal kat post guard..mereka pun melintas la jalan keretapi tu. Tiba-tiba mama teringat mimpi dia malam tadi. Sampai je 'spot' dimana mama dengar suara mengilai dalam mimpinya..mama tiba-tiba berhenti berdiri di atas jalan keretapi tu. Didongaknya kepala..dalam samar-samar..mama nampak pokok besar diseberang jalan sana. Mama tunggu juga kalau-kalau ada suara mengilai...Tak ada pulak. Mama alihkan pandangan kebawah..untuk pastikan langkahnya agar tak tersadung landasan..alangkah 'terkejut beruk'nya mama....betul-betul dibawah kakinya terpijak duit RM50!!!!
  Mama pandang keliling..siapalah agaknya yang tercicir duit RM50 subuh buta tu. Siapa pun tak kelihatan. So..mama pun ambillah duit tu kan..Takkan nak biarkan je. Mama anggap itu rezeki terpijak...udah memang dia terpijak kan..hehehe. Mama teruskan juga pergi ke Kampun Bata. Beli juga durian untuk kami. Mama guna semua duit tu. Mama dengan Wa balik bawa durian SEBAKUL!! Kami makan sampai demam!! Hahaha.
  Mama selalu cerita balik pada kami kisah ni. Betapa kuatnya keinginan seorang ibu untuk memberi anak-anaknya merasa apa yang keluarga lain rasa hingga langkahnya pun dipermudahkan. Betullah kata pujangga.. Kasih ibu itu sanggup bersusah demi anak-anaknya. Kasih ibu itu sanggup meredah apa saja. Kasih ibu itu membawa ke syurga. Terima kasih Mama. Sekarang masanya untuk kami anak-anak belikan durian untuk mama dan papa. Oooppss..Tak payah beli kut sebab kat kebun papa dah ada pokok durian!!.. Dah merasa pun buahnya. Hihihihi...
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

4 comments:

  1. boleh lakkk komen...hehehehe...

    ok..pasal durian...seriusly sukaaaaaa....

    ReplyDelete
  2. Salam Kenal..

    Tengok gambar durian ni memang terliur

    Nak mintak tolong awak dan semua reader yang lain tolong support Mummy menang hadiah iPhone 5 Gadget Impian

    1. Klik Entri Contest iPhone 5 Gadget Impian

    2. Klik butang G+ (Google Plus)

    3. Jangan lupa follow blog Mummy!

    Mintak sangat jasa baik korang.

    Thanks

    ReplyDelete
  3. JOM~

    Nak invite SEMUA join 1st Giveaway Blog Qashmere

    Banyak hadiah yang menarik untuk semua.

    ReplyDelete