Salam.
We are now in November. School holiday just started a week ago maka bermulalah musim 'orang kahwin' pulak. Few invitations for myself and kids to attend until the end of 2012. Isyaallah..akan saya lapangkan masa untuk menghadiri kesemuanya. Terima kasih atas jemputan.
Yang bujang nak kahwin..Yang dah kahwin.... nak kahwin lagi pun ada jugak..Saya la tu !! Hahaha
Yang dah kahwin nak berpisah pun ada!
Last week i took Sharon (my car) for her miles service.Sementara saya menunggu tu,saya pergi makan tengahari di kedai makan di pekan Kampar. Terserempak dengan kawan lama saya..sempatlah kami berbual panjang. Dia meluahkan perasaannya pada saya. Suami kawan saya ni penagih dadah. Dari mula kahwin sampai sekarang ni dah 14 tahun dan 3 orang anak,si suami tak sudah-sudah keluar masuk pusat pemulihan.
Setiap kali ditangkap si isteri tak sudah-sudah keluar masuk balai polis pergi menjamin si suami. Sampaikan muka isteri pun dah macam 'wanted'...semua anggota kat balai dah kenal sangat pasangan ni.
Ketika si suami 'bercuti panjang' di resort 'makan tanggung berak dalam tong'...si isterilah bertungkus lumus bekerja untuk makan pakai,duit sekolah anak-anak. Belum kira lagi segala bil-bil..duit ansuran rumah..bla bla bla..berat tanggungjawapnya..dan si isteri ni pikul tanpa minta simpati pada sesiapa pun. Kawan saya buat segalanya sendiri. Kawan saya ni orangnya pandai bergaya..dia sentiasa kelihatan cantik biarpun hatinya dilanda masalah. Dia tak pernah tunjuk pada sesiapa.So orang tak tahu dia ada masalah.
Nak dijadikan cerita..ketika suami dia masih 'bercuti'..ada pulak hamba Allah yang 'usha' kawan saya ni. Di sangkanya kawan saya ni ibu tunggal sebab tak pernah nampak suaminya. Tapi kawan saya tak pernah pretend..dia jujur..dia mengaku dia isteri orang. Tapi kita ni orang perempuan...kalau dah bertahun hidup siksa jiwa raga tup-tup satu hari ada orang lain tampil tunjukkan prihatin dan prihatin tu lama-lama pasti bertukar menjadi sayang. Saya akui perasaan ini sebab saya pernah mengalaminya.
Bila tempoh 'bercuti' pun habis..balik lah si suami ni tadi. Berjanjilah dia takkan mengulangi perbuatannya lagi. Tapi janjinya valid untuk 4 minggu saja!! Masuk minggu ke 5 mula mencari balik 'kawan baik' dia. Kawan saya ni dapat tangkap. Melenting la kawan saya. Bergaduh lagi entah kali ke berapa. Tapi kali ni air mata kawan saya dah kering. Luka hatinya dah bernanah. Nanah tu dah nak pecah. So kawan saya minta cerai.
Dia tanya saya..salah ke dia minta cerai? Pada saya tak salah lah. Kaum kerabat si suami semua salahkan kawan saya.Mulalah cerita pasal kawan saya dah ada boyfriend keluar. Macam-macam gelaran kawan saya ni dapat. Semua PERCUMA!!
Kawan saya cerita lagi Si suami mula kutbahkan dia..suruh solat taubat..ingat tuhan. Ya Allah..hebatkan!! Masa dia dok khayalkan dadah..layan kepala dia sampai berkali-kali keluar masuk 'resort'..dia tak ingat pun nak ingat Allah. Bila hati si isteri dah berpaling pada yang lain..dan-dan si isteri ni 'kotor'. Mana aci!!!!
Setiap pasangan yang berkahwin mesti mengharapkan hubungan tu berkekalan hingga akhir hayat. Bak lata lagu Black tu.. 'ketawa bersama..menangis bersama..Ku bersumpah harap kita mati pun bersama'...Yes.. Hakikatnya bukan mudah. Part senang kongsi sama-sama..tapi yang susah kita tanggung sendiri.. Boleh ke macam tu? Mana ada perempuan yang berkahwin suka-suka nak bercerai? Saya bercerita melalui pengalaman perempuan sebab saya pun perempuan.
Salahkah kita bila hati terpaut pada orang lain sedangkan suami sendiri tidak berfungsi sebagai suami? Tang 'anunya' jangan cerita...tu memang berfungsi..tapi..tanggungjawap? Tanggungjawap suami ni besar.Berat. Tak ada isteri yang biarkan suaminya pikul tanggungjawap sorang-sorang. Tapi ada suami yang tak heran biarkan isteri pikul tanggungjawap tu.
Masa saya berulang ke Mahkamah Syariah untuk kes penceraian saya dulu..saya bertemu dengan pasangan ni.. Yang isteri berusia 67 tahun..si suaminya 73 tahun!. si suami berdiri pun dah tak tegak. Dah condong macam menara kat Teluk Intan. Saya tanya kenapa minta cerai? Makcik tu kata dah tak larat nak tanggung. Dari muda sampai tua makcik tu buat kuih bantu makan pakai keluarga. Suami ada kerja..ada la. Tak ada kerja..takde la.Makcik tu dah tak tahan. Dia minta cerai sebab suami tak ada tanggungjawap.
Saya cermin diri saya..ketika itu saya 32 tahun. Saya tak nak tunggu umur 67 baru nak turun naik mahkamah.Kalau saya ada jodoh..saya kawin lain (jodoh sudah mariiiii....) Kalau tak ada jodoh..setidak-tidaknya hati saya tak sakit tengok suami takde 'fungsi'.
Jadi....salah ke tindakan kawan saya tu? Berdosa ke dia?
Berdosa ke dia hanya kerana dia mencari sebuah kebahagiaan dalam hidup? Kita ni bila berkahwin..bukanlah mengharapkan hidup jadi kaya raya. Cukuplah ada teman untuk berkongsi suka duka. Ada anak pengikat kasih sayang antara kita dan suami.Susah sangatkah? Tinggi sangatkah permintaan itu? Mahal sangatkah harga sebuah kebahagiaan tu?
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
dalam simpati baca tu bila ko type pat anu udah nak gelak...acaner...??? tapi aku suka le ko memblog..teruskan! cewahhhh...kata2 semangat wokey..
ReplyDeletehaha..thanks.. kena la selang seli sikit yedak..kang terus je sedih nye boring pun..hehehe
ReplyDelete