Hello,
I'm 38 years old this year (2012)..i am blessed with two beautiful teenagers (cant believe how they grow very fast-eventho that what i pray for when they were younger)..hehehe..Daughter Aina now is 17 dan Adam dah 15 tahun umurnya(tinggi dari ibu dah).
When friends asked.."brapa orang ke anak ko?"..and of cause lah jawapannya dua (setakat ini..hehehe..berangan tak hinggat)..pasti disusuli dengan.."lelaki ke perempuan?"..and my answer is..BOTH. Then kawan pun kata pulak.."Untunglah..dapat sorang lelaki dan sorang perempuan"..Ye lah..betul la tu.. Memang saya beruntung..Alhamdulillah..Saya bersyukur sangat.
Orang kata lagi.."Senang la..ada anak perempuan boleh tolong ibu dia kat dapur"..Err..salah tu.Anak dara saya tak pandai ke dapur (mungkin silap saya tak rajin nak ajar dia masak)..dan dia pun tak nampak minat nak belajar masak pun.Jangan kata masak lah..kerja rumah pun kalau tak di bebel..aduhhh..tak 'menguit' (ayat mama saya).Pemalas Ya Rabbi!! tapi kalau bab bergaya...huh..serah la pada dia..Cukup suka!..
Adam pulak saya puji sebab senang menjaganya sejak dia kecil lagi (Ya Allah..Janganlah Kau pesongkan hatinya menjadi seorang yang berbeza dari dirinya yang ada sekarang..Aku bersyukur atas kurniaanMu seorang anak yang taat dan mendengar kata..Amin)...Sejak dua menjak Si Adam dah dewasa ni..citarasa dia dalam berfesyen pun dah berubah..Sudah pandai meminta dibelikan itu ini..(jenuh mengumpul duitnya..sebab pakaian anak lelaki bukan murah tau!)..Sudah pandai jugak asyik ambil gambar muka sendiri..(sebelum ni hanya Aina saja ada hobi ni)..Sampaikan Uncle Malcolmnya tanya.."tu ambil gambar sendiri sampai beribu keping...boleh bertukar ke muka tu atau sama je?"..diaorang berdua tersengih saja la..Aduhaiii..
Semasa saya mengandungkan Aina..I was sooo down. I was unhappy. I'm sad all the time. Selalu menangis sebab susah hati. My husband(at that time..no longer with him..we divorce 6 years ago) wasn't around all the time.Perempuan berbadan dua cuma mahukan suaminya selalu disisi je sentiasa..that how i felt too but obviously that doesn't happen.Sementelah pula dengan rumahtangga yang masih baru..ini takde..itu takde.. Kesimpulannya i wasn't happy lah!..So bila lahir je Aina..dia macam tahu je perasaan ibu ni..Everytime i'm sad..automatically Aina pun akan mengalirkan air mata..she didn't cry..just the tears easily came out of her beautiful eyes.
Berbeza pula semasa saya mengandungkan Adam..I was very strong inside.I dont mind my husband not around.I even hate him when he come sleep beside me at night!..Hati saya jadi keras..Tak sekali pun saya menangis..bahkan semasa saya menahan sakit untuk melahirkan Adam..urusan hospital semua di bantu abang ipar saya..Mana suami saya? Entah..saya tak tahu dan saya tak heran pun..
Anak-anak membesar depan mata saya..Macamana emosi saya ketika mengandungkan budak bertuah berdua ni nampaknya tidak beri effect pada anak-anak saya.Aina membesar as a young lady yang out spoken.Dia bukan kaki leleh(tak tau la pulak kalau di belakang saya)..Dia keras hati..berbeza dengan Adam yang lebih lembut hati dan pandai pujuk saya kalau saya tengah marah..Totally different dengan apa yang saya rasa dulu.
Anak adalah anugerah paling berharga dalam hidup kita di muka bumi ini. Merekalah permata.Saya sangat bersyukur.Cuba renung wajah anak anda ketika mereka tidur..tidakkah anda nampak wajah mereka sama seperti masa mereka masih baby dulu? Kalau anda jawap TIDAK...ada something wrong somewhere lah tu...Kalau YA jawapan anda...anda adalah seorang ibu yang benar-benar pengasih...Err..jap..saya nak tengok jap muka anak saya yang sedang tidur..hehehehe (buat lawak la konon)
Lelaki ke...perempuan ke..Sama je. Tak perlu dibanding-bandingkan...To my beautiful daughter and son.. I love you both till death!! <3
xxxxxxxxxxx
No comments:
Post a Comment