Tuesday 11 December 2012

Tarikh keramat?

Hi hi..
Assalam..
Hari ni hari ke dua belas,bulan ke dua belas, tahun dua ribu dua belas..hehehe..ringkasnya 12.12.12. Sejak tengah malam tadi jam 12 tengah malam..bukan main kat wall FB ramai sangat yang mention tarikh ni. Ada yang pilih tarikh ni tuk majlis nikah (tahniah kepada mereka)..kepada yang lahir pada 12/12..Happy birthday!!.. Tak kurang jugak pada tarikh ni ada jugak budak-budak sekolah yang tergedik-gedik nak declare girlfriend/boyfriend..ajenye!!
Tarikh itu sejarah..tak kira la 12/12/12 ke...1/2/12 ke...setiap tarikh itu ada cerita dan sejarah disebaliknya bagi pemilik tarikh tersebut.. Bagi saya..sebenarnya saya tak perasan pun tarikh 12/12/12 ni..saya ingat Isnin sampai Ahad je...saya kurang periksa berapa haribulan. So..nothing really special about this date.
Tarikh lahir saya sama dengan hari seluruh negara or dunia? menyambut Hari Guru..16 Mei.. Sehari selepas itu..menyusul pula tarikh lahirnya Si Aina..17 Mei. Adam pula pemilik tarikh 12 Ogos...kalau lagi 4 hari baru beranak..sama la tarikh lahirnya dengan adik saya Azlan..tapi dia dah tak nyempat!
Budak busuk buah hati saya lahir pada 18 Mac..berbintang Pisces..aje memang suka main air!!  Kalau kami pergi holiday..selalunya mesti di tepi laut..Dia pandai berenang boleh la...Saya ni tercungap-cungap..Dok je la bawah pokok tepi pantai dengan buku di tangan. menghitamkan lagi kulit yang sedia hitam nih.. Hampeh!
There is something for us to look forward to next year..Our BIG DAY!..Tarikh dimana saya kembali bergelar isteri and Malcolm menjadi seorang suami. Ruang dalam otak saya tak cukup nak fikir pasal benda lain sekarang ni..Saya cukup stress..harap jangan ada yang nak menambah-nambah..pegi cari otak orang lain..Saya takde masa!!
Pagi tadi saya bawa Mama ke Hospital Pantai di Ipoh..bukan untuk Mama buat check-up tapi kami pergi melawat adik ipar saya yang baru saja melahirkan. Sembang dok sembang..baru saya tersedar.. "Ehh..Hari ni 12/12/12..Wahhhhhhhhh!!!..Cantiknya tarikh!!".. Adik saya Wa senyum je. Adik ipar saya memilih untuk dibedah..kebetulan pula disokong doktor atas faktor usia. Kata pakar perubatan..jika kita mengandung di usia 35 tahun ke atas..tak payah la fikir untuk bersalin secara normal..Kita mungkin tidak cukup kuat untuk meneran..Lagi pulak teknologi perubatan kini dah cukup canggih..

So..welcome to your new world Baby Sufi (Wa kata nak guna nama ni sebab baby ni nanti nama panggilannya Su..belum comfirm je la). Selamat datang ke keluarga kami. Ibu Ejie doakan supaya Sufi menjadi anak yang baik dan taat. Happy Birthday Baby Su!!!

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

No comments:

Post a Comment