Thursday 7 February 2013

Growing up...when to stop?

Mac 1983.
I was 8 3/4 years old...hahaha.
Saya lahir dalam bulan Mei..jadi 3/4 tu kena letak la jugak sebab belum masuk usia 9 tahun lagi. Pelajar Sekolah Methodist Malim Nawar dalam darjah 3. I was a good student..(rasanya la..huhu). Tak banyak yang saya ingat sekitar tahun ni tapi saya tahu kawan baik saya ketika itu (hingga ke hari ini) namanya Shahidatul Shima binti Shafie. Kami berkawan baik sejak Tadika lagi. Cikgu favourite saya cikgu muzik...saya tak ingat namanya. Dia mengajar muzik seminggu sekali saja tapi yg sekali itulah saya tunggu-tunggu.
Ketika ini saya sudah pun ada 4 orang adik.(dan mama sedang mengandungkan adik yang ke 6 ..humangaiiii)..Hafwa, 7 tahun. Saabrina, 5 tahun. Ridzuan, 3 tahun dan yang kecil Roslida, 1 tahun .Tapi adik saya yang satu ni tak ada dalam jagaan mama. Opah saya (belah papa) minta nak jaga dia..ketika itu saya pun masih kecil.. Saya tak tahu mengapa dan kenapa adik saya di ambil opah tapi yang saya ingat mama menangis tiap-tiap malam. Tapi ye lah kan...masa tu ingat nak main je..dan busy jugak lah sebab tolong mama jaga adik..(cewahhh).. So kiranya tahun ni 'tahun main' la bagi saya. Tapi saya sudah belajar erti responsibility terutama terhadap adik-adik saya...dan kecenderungan saya pada muzik. Saya juga 'hantu TV'!! Saya ingat lagi pesan papa..katanya satu hari nanti papa nak tengok saya muncul di kaca tv sebab saya lah punca mama dan papa beli tv sebab both my parents dah malu sebab saya suka pergi tengok tv kat rumah jiran sampai tak ingat nak balik..hehe.

Mac 1993.
Saya yang berusia 18 3/4 tahun.
Dah bertambah 3 lagi adik!! (terbukti papa saya sayang benar kat mama saya kan!!..hehehe) Shah Riniza, Azlan dan Aiza Hafwani. Saya ketika ini menetap di Kuala Lumpur (KL)..It was my most successful year.
Saya kini recording artist!! Wooohooooo!! Macam tak caya kan?! Saya bergabung dengan Mazlena Morat, Melor Ulong Idris dan Noor Hasimah Abu Hasan menubuhkan kumpulan dance music pertama Malaysia bernaung di bawah label BMG. Kami dikenali dengan nama Freshies. Lagu kami berkumandang setiap hari. Kami juga kerap menjadi pilihan stesyen tv untuk muncul dalam rancangan mereka. Saya bangga sebab minat saya dalam penulisan membuahkan hasil sebab kebanyakkan lirik-lirik lagu dalam album Freshies adalah hasil tulisan saya. Alhamdulillah. Dan paling menarik sekali...saya tunaikan permintaan papa supaya satu hari nanti saya muncul di kaca tv!! Dreams will come true if we put a lot of  affort into it. Trust me.
Saya juga sudah pandai bercinta.
Dah pandai menipu untuk cinta. Dah pandai melawan demi cinta. Saya saja yang betul. Apa yang orang lain kata saya campak jauh-jauh. Bila ada yang berusia sikit dalam lingkungan 40-50 tahun keatas tegur saya, lagi saya taknak dengar. Pada saya ..awak dah tua..apa awak tahu perasaan orang muda? Dok diam-diam sudah. Saya tak pernahlah cakap macam tu tapi naluri saya kuat memberontak. Saya melawan laku.Secara keseluruhannya..90-an mengajar saya mengenali orang luar dari sudut pandangan saya. Hanya saya!! Saya tak peduli pandangan orang lain. Kalau saya kata A tapi 100 orang lain kata B..saya tetap pilih A. Bukan main kelaku!!

Mac 2003.
28 3/4 years old.
Berkahwin dan sudah pun mempunyai sepasang cahayamata. Puteri saya..Nur Aina Izanie dan hero saya..Mohammad Azmeer Adam..Saya bangga menjadi ibu kepada dua anak yang baik ini. Saya amat bersyukur..Tapi kalau boleh dipadamkan ingatan saya...saya pilih untuk tidak mengingati tahun ini dan sekitar. I was unhappy. Sikap saya yang tidak mengendahkan nasihat orang lain sepuluh tahun dulu kini terbayar. But...there is a quote saying..'What doesn't kill you makes you stronger'. Aje beno!!
Saya menjadi kuat dalam tubuh yang lunyai. Saya jadi tabah dalam emosi yang sangat rapuh.I open myself to know other people by others point of view. I'm growing up!
Kalau hari ini saya menangis...saya akan pastikan esok hari saya ketawa. Yang penting saya tak patah semangat and i have two little angels who support me whenever i choose to crawl..walk..run..jump..or even dance. Saya letih sangat. Saya cuba menari..tapi saya salahkan lantai tidak rata. Akhirnya saya terjengkit-jengkit. Saya cuba melompat tapi salahkan habuan yang saya cuba gapai terlalu tinggi.Saya cuba berjalan tapi salahkan haluan yang terus menerus bercabang.Alasan-alasan itu yang membuatkan saya jatuh terduduk. Saya terlalu banyak ber'tapi'.
I kept feeling sorry for me! That was not a good strategy to move on. I was such a hypocrite!
Owh ya!!...Keluarga Wahid juga sudah bertambah seorang lagi ahli..Nur Syahadah.

2013.
I will be 39 in May. Omaigoshhhhhh.
Dua puluh tahun dulu kalau saya dengar siapa saja yang berusia lebih 30 tahun,saya rasa..wahhh..tuanyaaaaaaaa.. Tapi sekarang...kalau ada yang tegur saya cakap saya nampak macam adik/kakak setiap kali berjalan dengan Aina...kembang kempis la hidung saya..hahahaha. Buat lawak je la. Hik hik!!
I will be getting married in March. Yes.. Again!
Saya belum pun tua sangat (walaupun terpaksa pergi saloon 2 minggu sekali untuk tutup uban) but i learn a lot from life. From people i met along my way of growing up. I dont want to stop growing.Never.Ever!!
I am so blessed.I'm not tired anymore.I'm enjoying life.Anak-anak pun dah besar..Kadang kala tinggal saya pulak sendirian di rumah sebab anak-anak sudah ada program sendiri...yang tidak melibatkan saya!!..Padan!!
Saya berdoa agar tahun-tahun yang seterusnya kehidupan saya dan suami berkekalan hingga ke akhirnya. Saya berdoa agar kehidupan anak-anak saya teratur dan lancar..(tapi Aina..Adam..never give up in life. Always work hard and study smart to get what you want). Saya juga berdoa agar seluruh ahli keluarga saya beroleh keberkatan dalam hidup.Di kurniakan kesihatan yang berpanjangan.






Orang tua-tua selalu berpesan.. Kalau kita rasa kita pandai..ada orang lain yang lebih pandaiJangan berhenti belajar sebab ilmu dalam hidup ni takkan tamat. Ia hanya akan tamat bila kita mati. Dont stop growing up because life is actually beautiful if we really live in it and I LOVE MY MINE!

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Tuesday 11 December 2012

Tarikh keramat?

Hi hi..
Assalam..
Hari ni hari ke dua belas,bulan ke dua belas, tahun dua ribu dua belas..hehehe..ringkasnya 12.12.12. Sejak tengah malam tadi jam 12 tengah malam..bukan main kat wall FB ramai sangat yang mention tarikh ni. Ada yang pilih tarikh ni tuk majlis nikah (tahniah kepada mereka)..kepada yang lahir pada 12/12..Happy birthday!!.. Tak kurang jugak pada tarikh ni ada jugak budak-budak sekolah yang tergedik-gedik nak declare girlfriend/boyfriend..ajenye!!
Tarikh itu sejarah..tak kira la 12/12/12 ke...1/2/12 ke...setiap tarikh itu ada cerita dan sejarah disebaliknya bagi pemilik tarikh tersebut.. Bagi saya..sebenarnya saya tak perasan pun tarikh 12/12/12 ni..saya ingat Isnin sampai Ahad je...saya kurang periksa berapa haribulan. So..nothing really special about this date.
Tarikh lahir saya sama dengan hari seluruh negara or dunia? menyambut Hari Guru..16 Mei.. Sehari selepas itu..menyusul pula tarikh lahirnya Si Aina..17 Mei. Adam pula pemilik tarikh 12 Ogos...kalau lagi 4 hari baru beranak..sama la tarikh lahirnya dengan adik saya Azlan..tapi dia dah tak nyempat!
Budak busuk buah hati saya lahir pada 18 Mac..berbintang Pisces..aje memang suka main air!!  Kalau kami pergi holiday..selalunya mesti di tepi laut..Dia pandai berenang boleh la...Saya ni tercungap-cungap..Dok je la bawah pokok tepi pantai dengan buku di tangan. menghitamkan lagi kulit yang sedia hitam nih.. Hampeh!
There is something for us to look forward to next year..Our BIG DAY!..Tarikh dimana saya kembali bergelar isteri and Malcolm menjadi seorang suami. Ruang dalam otak saya tak cukup nak fikir pasal benda lain sekarang ni..Saya cukup stress..harap jangan ada yang nak menambah-nambah..pegi cari otak orang lain..Saya takde masa!!
Pagi tadi saya bawa Mama ke Hospital Pantai di Ipoh..bukan untuk Mama buat check-up tapi kami pergi melawat adik ipar saya yang baru saja melahirkan. Sembang dok sembang..baru saya tersedar.. "Ehh..Hari ni 12/12/12..Wahhhhhhhhh!!!..Cantiknya tarikh!!".. Adik saya Wa senyum je. Adik ipar saya memilih untuk dibedah..kebetulan pula disokong doktor atas faktor usia. Kata pakar perubatan..jika kita mengandung di usia 35 tahun ke atas..tak payah la fikir untuk bersalin secara normal..Kita mungkin tidak cukup kuat untuk meneran..Lagi pulak teknologi perubatan kini dah cukup canggih..

So..welcome to your new world Baby Sufi (Wa kata nak guna nama ni sebab baby ni nanti nama panggilannya Su..belum comfirm je la). Selamat datang ke keluarga kami. Ibu Ejie doakan supaya Sufi menjadi anak yang baik dan taat. Happy Birthday Baby Su!!!

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx