Monday 26 November 2012

Saudagar burung?

Hai hai..
Assalam..
Tengokkan tajukkkkkk..kan main!!...Ahaks!!
Saje je buat gempak. Hari ni teringin pula rasanya nak buka buku lama. Sudah bertahun-tahun tersimpan. Covernya pun dah nak tertanggal. Kat luar hujan turun mencurah-curah sejak sejam lepas..so hati pun ada romantika d' amour  la sikit..hahaha.. Tak bley blah! Hari ni saya nak cerita pasal 'puppy love'.
Kenangan 'puppy love' saya (herankan..kita sebut cinta monyet..omputih sebut puppy love.. Puppy tu anak anjing..bukan monyet!)..lantak le situ...Ulangan...Kenangan puppy love saya terjadi ketika saya berusia 14 tahun ..nak masuk 15 la.. Saya berkenalan dengan 'mamat' ni ketika cuti sekolah akhir tahun. Kali pertama terjumpa dia adalah ketika saya menyertai pertandingan nyanyian di tempat saya. Ayat pertama dilontarkan pada saya.. "Yong...suara sedap la".. Hehehe..Ketika tu tak tengok sangat la muka dia..Lagi pun saya ni tak cantik orangnya..So i didnt expect some boy come and talk to me. Malu laa..
Rupa-rupanya si dia ni dok menumpang tidur di rumah saudara dia dekat dengan rumah saya. So hari-hari yang berikutnya..ada saja lah kelibat dia dok lalu lalang depan rumah saya (sebab sebelah rumah saya dihuni oleh budak-budak bujang..bukan sebab dia nak tengok saya..hehehe) Si dia ni namanya bukan main 'famous' jugak. Sebab masa dia kecil..dia 'jahat' berhantu!! Jari tangannya tinggal 9 sebab hilang satu masa main mercun buatan sendiri ketika dia kecil..hahaha..Kan berhantu tu! Semua kenal dia sebagai Endut.
Handsome si Endut ni tau. Dia berkulit putih. Ada lesung pipit di kedua belah pipinya. Bila senyum manis sangat. Masih jelas di ingatan saya rupa paras dia. Hmmmmmm..(malu lah!)
Sejak malam dia tegur saya tu..hari-hari yang seterusnya kami cuma pandang-pandang je sebab saya ni lebih kurang pemalu la jugakkan.Lagipun saya disogokkan dengan cerita-cerita betapa si Endut ni nakal sangat. Ngeri pun ada.
Sampai la satu hari...tepat hari last kami bercuti..esok sesi persekolahan yang baru akan dibuka..Mama saya naik darah marahkan adik saya si Iwan. Iwan dah hilangkan kunci basikal yang baru mama saya beli. Malu la weii..Mama bising-bising..sebelah rumah budak bujang ramai..tentu diaorang dengar..haha. so saya pun pergi la tolong Iwan cari kunci basikal tu di padang kecil sebelah blok rumah kami.
Si Endut ni entah baru nak pergi ke surau ke atau sesaja pakai kain pelikat (segak giler!) ..datang menyibuk. Bila saya katakan saya sedang cari kunci basikal..dia pun terbongkok-bongkok la nak tolong cari. Hampir setengah jam mencari..dalam samar-samar senja tu Endut laung saya..dia kata kunci dah jumpa. Saya pun happy lah kan..lari-lari la pergi dekat dia nak ambil kunci tu. Belum pun sempat saya mendekatinya..dia baling sesuatu ke arah saya. Saya ingat kunci..saya cuba la sambut. (dan saya amatlah tidak pandai menyambut)...PELEPAP!!..'benda' tu kena mata kiri saya. Melekat pulak tu. Kelam kabut saya cuba tepis. Si Endut gelak besar. Menyirap darah saya. Saya tanya dia apa yang dia baling. Dia kata KATAK!
Saya terus lari balik. Cuci mata saya. Tapi nak dijadikan cerita..esoknya saya bangun dengan mata kiri yang merah dan bengkak! Cilaka si Endut! Ni semua katak dia punya pasal.
Nak menambahkan perasa lagi...rupa-rupanya Endut tolong emak saudara dia berniaga nasi lemak kat kantin sekolah! Bila dia nampak mata saya bengkak, dia gelakkan saya lepas tu ajar budak-budak lelaki buat bunyi 'ong ong' kalau nampak saya! Ya Allahhh..sakitnya hati!
Sejak hari itu..macam-macam benda nakal lagi dia buat pada saya. Dia buang angin basikal saya. Dia putuskan brek. Dia sorok basikal saya dalam semak lepas tu dia selitkan nota "Katak yang ubah basikal tu"..Siapa tak geram!!! Pulak tu dia boleh tunggu atas tembok depan rumah saya semata-mata sesaja menyengih nak tengok reaksi saya. Saya selalu jerit..SETANNNN!!!!! Dia ketawa je!
Masa umur saya 15 kebawah..Mama memang selalu bising-bising. Bila Mama marah..tangan mesti naik..dan selalunya singgah pada saya lah. Endut kesiankan saya. Satu hari Endut jumpa Papa saya lepas tu dia cakap.."Yop..kalau tak sayang Ag tu..bagi kawin dengan saya je lah..Kesian dia asyik kena pukul je".. PANG!! Si Endut kena lempang dengan Papa. Sian pulak. Hari-hari seterusnya..bila saja saya bawa adik saya si Rini naik basikal petang-petang..Endut pasti ekori saya. Kadang-kadang dia cuba saing saya.. Tanya itu ini sikit-sikit. Kadang-kadang saya layan..kadang-kadang saya buat tak tau.
Sampai lah satu malam ni..ketika saya sedang melipat kain di tingkat atas rumah (rumah kami dua tingkat dan percaya atau tidak..seni binanya langsung tak selamat sebab antara rumah ke rumah..anda boleh jalan ikut atap dan masuk ke rumah sebelah)...bukanlah nak kata ada orang pecah masuk rumah kami kan.. Tapi sedang saya lipat kain tu..saya rasa sesuatu yang dibaling dari jauh dan kena belakang saya. Saya toleh tengok ada pen tergolek..dan ada pula kertas terselit pada pen tu. Saya ambil dan baca..


 Si Endut hantar sajak!!..Haha saya tergelak besar. Saya dah lupa kandungan sajak tu untuk disharekan disini..tapi saya balas balik. Saya tulis.. "Apa lu merepek ni? Lu nak apa ha?" Saya suruh Iwan bagi kertas tu pada dia.
Dia jawap "Wa mau simpan lu punya hati dalam wa punya sangkar"..Hahaha.. Lawak lawak!!
Saya jawap balik "Lu ingat wa burung?"
Lepas tu saya dengar nama saya di panggil dari arah rumah sebelah. Saya jenguk kepala keluar tingkap. Endut ada di sebelah. Tersengih-sengih. Dia tanya.."Boleh tak?"
And we dated for 3 years after!!
Sweet tak? Hahahahahahaha.
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Monday 19 November 2012

Durian punya cerita...

Musim durian sudah tibaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...
  Kalau memandu ikut 'jalan lama' dari Jeram ke Gopeng (or opposite way)..semerbak bau durian menusuk lobang hidung..hehehe. Siapa yang tak suka durian tu..sewaktu melalui jalan ni kena la tahan nafas sikit sampai biru..padan muka!! Haha.
I used to be durian lover. A BIG one!! I say 'i used to' sebab entah kenapa 4-5 tahun kebelakangan ni saya tak boleh lagi makan durian banyak-banyak macam dulu. Saya pun heran. Ada kalanya sekarang ni bila saya makan lebih dari 3 ulas..mata saya jadi gatal-gatal. Pelik bin ajaib. Ada masanya pulak...saya beria-ia pergi membeli..tapi bila dikupas..nampak je isinya..saya rasa nak muntah. Tiba-tiba perut saya berbau tempoyak. Hairan....sungguh hairan! But i still call myself a durian lover. Tak kira la muntah ke..gatal ke..saya tetap suka durian walaupun bukan lagi 'hantu' macam dulu.

  Hari ni saya nak meminjam cerita mama saya pasal durian ni. Mama saya ni dulu garang sangat..ye lah..dia mama muda..cepat naik darah..faham tak faham je lah.. Tapi one special thing about my mom is..dia langsung tak berkira pasal makan. Maklumlah..anak 9 orang. Hal makan minum kena ambil berat. Mama tahu anak-anak dia semua 'batak' buah. Musim rambutan..dibeli rambutan sampai semua batuk..baru stop. hehehe.. Musim manggis..mama masuk kampung beli manggis seguni..kami makan sambil lap tangan kat baju..Mama bising sebab baju semua kotor sebab kena getah manggis..baru stop. hahaha. Mama pernah ikut rombongan pegi Padang Besar..dia balik bawak berkilo-kilo mangga thai dengan buah laici. Hambek ko!! Makan sampai lebam!!..hihihi...
  Melalut pulak eh..hehehe..Berbalik cerita durian ni tadi. Kisah berlaku semasa kami semua masih kecil. Mungkin adik saya yang paling kecil ketika tu si Rini. Saya pun masih di sekolah rendah. Ketika itu musim durian (kalau musim lain idak le keluo citer ni..yedak?..hehehe). Kata mama, masa tu hidup kami sekeluarga cukup-cukup makan je. Papa kerja dengan LLN (sekarang TNB..papa dah pencen)..Mama rajin sangat ambil upah menjahit..Jadi la untuk menampung perbelanjaan keluarga.
  Masa tu kata mama, duit dalam tangan ada RM15 je..tapi mama nak sangat belikan durian untuk kami adik beradik. Mama sedih sangat pasal itu la duit untuk belanja dapur. Nanti kalau dibuat beli durian...tak makan nasi pula kami adik beradik. Kesedihan mama tu terbawa-bawa kedalam mimpi.
  Malam tu mama mimpi dia pergi juga beli durian dengan adik lelaki saya si Wa. Masa tu kalau nak beli durian yang bagus..pergi ke Kampung Bata. Nak pergi ke Kampung Bata ni kena melintas jalan keretapi bersebelahan post guard workshop LLN masa tu. Dalam mimpi mama, ketika dia nak melintas jalan keretapi tu..tiba-tiba mama dengar suara mengilai. Kuat sangat datang dari arah sebuah pokok besar dan tinggi di seberang sana. Mama peluk Wa kuat-kuat. Dua beranak menggigil. Suara mengilai makin lama makin kuat. Mama takut sampai menangis..sampai mama terjaga.
  Subuh tu..dalam pukul 5.30 pagi..mama gerak Wa. Mama ajak Wa temankan dia. Mama nak juga belikan durian untuk kami. Pergi la dua beranak ni naik basikal. Tinggalkan basikal kat post guard..mereka pun melintas la jalan keretapi tu. Tiba-tiba mama teringat mimpi dia malam tadi. Sampai je 'spot' dimana mama dengar suara mengilai dalam mimpinya..mama tiba-tiba berhenti berdiri di atas jalan keretapi tu. Didongaknya kepala..dalam samar-samar..mama nampak pokok besar diseberang jalan sana. Mama tunggu juga kalau-kalau ada suara mengilai...Tak ada pulak. Mama alihkan pandangan kebawah..untuk pastikan langkahnya agar tak tersadung landasan..alangkah 'terkejut beruk'nya mama....betul-betul dibawah kakinya terpijak duit RM50!!!!
  Mama pandang keliling..siapalah agaknya yang tercicir duit RM50 subuh buta tu. Siapa pun tak kelihatan. So..mama pun ambillah duit tu kan..Takkan nak biarkan je. Mama anggap itu rezeki terpijak...udah memang dia terpijak kan..hehehe. Mama teruskan juga pergi ke Kampun Bata. Beli juga durian untuk kami. Mama guna semua duit tu. Mama dengan Wa balik bawa durian SEBAKUL!! Kami makan sampai demam!! Hahaha.
  Mama selalu cerita balik pada kami kisah ni. Betapa kuatnya keinginan seorang ibu untuk memberi anak-anaknya merasa apa yang keluarga lain rasa hingga langkahnya pun dipermudahkan. Betullah kata pujangga.. Kasih ibu itu sanggup bersusah demi anak-anaknya. Kasih ibu itu sanggup meredah apa saja. Kasih ibu itu membawa ke syurga. Terima kasih Mama. Sekarang masanya untuk kami anak-anak belikan durian untuk mama dan papa. Oooppss..Tak payah beli kut sebab kat kebun papa dah ada pokok durian!!.. Dah merasa pun buahnya. Hihihihi...
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Susah tak?

Hai..hai..
Assalam..
Dah lamanya saya tak menulis..Rindu.
Tadi sepupu saya beritahu dia suka baca tulisan saya. Dia baca kesemuanya. Yay!! Suka saya mendengarnya. Kembang kempis atas bawah..har har harunnn (pinjam dari cik ninie sunchez). Sokongan yang macam ini la yang buat saya lebih bersemangat nak menulis. Saya pun tengah banyak ilham ni sebenarnya.. Ilham-ilham ni banyak 'masyuk' ketika saya sedang memandu. Alhamdulillah.
But today is different. Ini bukan ilham saya. Ada seorang kawan saya petang tadi bagi saya soalan 'hangit'..haha. So my writing today is actually my answer for her question.

Soalan dia : Susah ke jadi ibu tunggal? Atau adakah kasih sayang kita akan lebih kepada anak-anak bila kita jadi ibu tunggal ni?

Jawapan saya :
Ada susah ada senangnya..bergantung pulak penyebab kita menjadi ibu tunggal ni. Apa sebabnya kita memilih menjadi ibu tunggal? Bukan memburukkan sesiapa apatah lagi bekas suami saya tetapi saya menjadi ibu tunggal setelah 12 tahun berusaha 'membaiki' hubungan kami. Saya memilih menjadi ibu tunggal kerana tiada bezanya keadaan saya bersuami mahupun tanpa suami. 12 tahun usia rumahtangga kami..11 tahun suami saya tidak bekerja!! Kesimpulannya...segala urusan rumahtangga/bil/makan minum..saya tanggung/sediakan..so..whats the point of having a 'husband'?
Sepanjang perkahwinan, saya banyak menyalahkan diri sendiri setiap kali kami bertengkar. Saya jadi terlalu merendah diri..I always think that i wasn't good enough as a wife. Ya Allah...mengenangkannya pun boleh buat saya letih. I worked very hard for our marriage. I was thin and sad and lonely.
Sebelum saya pergi lebih jauh..saya minta maaf terlebih dulu ye..Kita ni diajar dari kecil kononnya kena hormat suami..tak boleh melawan..suami tu betul..tak boleh keluar rumah tanpa izin suami..syurga isteri ditelapak kaki suami..bla bla bla.. Tak mampu saya list down semuanya. Saya belum cukup ilmu untuk mengurai permasaalahan tersebut disudut pandangan islam..tapi saya rasa saya cukup pengalaman untuk dikongsikan kepada pembaca...anda boleh jadikan teladan mahupun sempadan..Tepuk dada tanya selera. Terpulang.

Bukan seorang yang bertanya saya soalan yang sama..ramai. Saya tanya balik..adakah anda masih ada perasaan terhadap suami? Masih sayang tak? Kalau jawapannya.."sayang la jugakk.."..Stop!! Itu bermakna anda belum bersedia menjadi ibu tunggal. As a single mother..you will be feeling very lonely..Bukan selepas seminggu dua bercerai tau!!..Tempoh seminggu dua selepas penceraian tu you'll have all the support from people around you..mostly your family and close friends. Kalau pula orang-orang yang rapat tu tahu pulak punca penceraian..if you on the right side..that support will be with you for months.
But..Life goes on!!
We always tend to forget that. Mereka-meraka yang menyokong anda ada keluarga sendiri..masalah sendiri. Keperluan sendiri. Mereka akan busy jaga hal sendiri.Mereka akan perlahan-lahan jauh dari anda..bukan menjauhkan diri tapi orang lain ada hal lain nak jaga..bukan asyik nak jaga hal kita je.. That's when you will feel so damn lonely!! That's when you'll start mourning. That's when you'll start thinking about HIM!! All the love you both had. Where you met him first time.. Manis masa bercinta semua terasa kembalilah.
Campur pulak nak kena jaga hal anak. Hal sendiri belum lepas. Jiwa sendiri sedang sakit..kena pulak dengar anak menangis mulalah rasa nak melempang saja. Padahal bukan salah anak tu.
Disini saya selitkan ; berbuallah dengan anak-anak anda. Berkawanlah dengan mereka. Berbincanglah dengan anak-anak. Janganlah rasa sebagai anak..mereka tu tak tahu apa. Anak-anak kita diam sebab kita yang ajar mereka diam..jangan sibuk hal orang tua konon. Anak-anak zaman sekarang bijak. Mereka faham situasi keliling terutama ibu bapa mereka. They are not stupid. Jika anda memilih untuk berpisah dengan ayah mereka...pastikan mereka faham kenapa.
Anda harus kuat semangat. Dugaan sebagai ibu tunggal ni banyak. Kiri kanan depan belakang. Kadang-kadang kita boleh terduduk dibuatnya. Saya bercerai tanpa ada nafkah edah..tanpa ada perjanjian nafkah untuk anak-anak. Ada yang bertanya ..kenapa saya tak  minta? Semasa berkawin pun suami tidak menangung..inikan pula selepas percerai. I'm not interested of fighting for it. As long as i am no longer with him as his wife...that's all i asked for.
 As for her second question..adakah kasih sayang kita terhadap anak-anak akan lebih setelah kita bercerai? Pada saya lain orang lain caranya. Pada saya..bercerai atau tidak..kasih sayang saya pada anak memang kuat. Tapi betul..suami ni kadang-kadang boleh jadi lebih 'mengada-ngada' dari anak kita. Ada jenis suami yang boleh merajuk bila kita lebihkan anak-anak dari mereka. Saya akui saya lebihkan kehendak suami dari anak-anak. Saya lebihkan suami dari diri sendiri!! Kalau saya ada RM5..RM3 untuk suami beli rokok..RM1 seorang untuk anak-anak. Saya tengok je. Ada ke patut? Bodohkan saya..
Saya jadi bodoh kerana rumahtangga. Saya tunggu keputusan suami untuk apa saja. Saya jadi penakut. Saya  tak ceria. I always pretend to be in  happy marriage even i wasn't from the start...sampailah saat saya rasa.. THIS HAS TO STOP.I was too tired trying to fix our marriage. I can't do it anymore. I gave up!
So...susah tak jadi ibu tunggal? Ada masa susah..Tak ada masa senang. Cuma akan ada ketika..hati kita 'tenang'. It's just you and your kids. Tenang bila kita rasa dengan anak..kita masih boleh bentuk mereka..lentur mereka. Sebaliknya dengan suami dah tak boleh nak buat apa lah. Jika penceraian jalan terakhir dan terbaik ...maka.........
Lagi satu ye..niat kita kenalah betul. Niat berkahwin untuk apa? Niat bercerai pula untuk apa? Kalau niat kita dah tak betul..maka kesudahannya tak betullah juga.Susahnya jadi ibu tunggal sebab urusan sekolah anak-anak ibu yang sediakan..belanja sekolah anak-anak ibu yang cari..makan pakai anak-anak ibu yang pastikan terhidang..Ibu yang semacam bertanggungjawap keseluruhannya. Jika semuanya semacam menjadi tugas IBU..so apakah gunanya BAPA?...Susahnya jadi ibu tunggal sebab kebanyakkan hal rumahtangga isteri yang pikul..isteri yang sediakan..isteri yang semacam bertanggungjawap keseluruhannya. Jika segalanya sudah menjadi tugas ISTERI..so apakah gunanya SUAMI?

Susah tak?


xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx


Wednesday 14 November 2012

Harga sebuah kebahagiaan..

Salam.
We are now in November. School holiday just started a week ago maka bermulalah musim 'orang kahwin' pulak. Few invitations for myself and kids to attend until the end of 2012. Isyaallah..akan saya lapangkan masa untuk menghadiri kesemuanya. Terima kasih atas jemputan.
Yang bujang nak kahwin..Yang dah kahwin.... nak kahwin lagi pun ada jugak..Saya la tu !! Hahaha
Yang dah kahwin nak berpisah pun ada!
Last week i took Sharon (my car) for her miles service.Sementara saya menunggu tu,saya  pergi makan tengahari di kedai makan di pekan Kampar. Terserempak dengan kawan lama saya..sempatlah kami berbual panjang. Dia meluahkan perasaannya pada saya. Suami kawan saya ni penagih dadah. Dari mula kahwin sampai sekarang ni dah 14 tahun dan 3 orang anak,si suami tak sudah-sudah keluar masuk pusat pemulihan.
Setiap kali ditangkap si isteri tak sudah-sudah keluar masuk balai polis pergi menjamin si suami. Sampaikan muka isteri pun dah macam 'wanted'...semua anggota kat balai dah kenal sangat pasangan ni.
Ketika si suami 'bercuti panjang' di resort 'makan tanggung berak dalam tong'...si isterilah bertungkus lumus bekerja untuk makan pakai,duit sekolah anak-anak. Belum kira lagi segala bil-bil..duit ansuran rumah..bla bla bla..berat tanggungjawapnya..dan si isteri ni pikul tanpa minta simpati pada sesiapa pun. Kawan saya buat segalanya sendiri. Kawan saya ni orangnya pandai bergaya..dia sentiasa kelihatan cantik biarpun hatinya dilanda masalah. Dia tak pernah tunjuk pada sesiapa.So orang tak tahu dia ada masalah.
Nak dijadikan cerita..ketika suami dia masih 'bercuti'..ada pulak hamba Allah yang 'usha' kawan saya ni. Di sangkanya kawan saya ni ibu tunggal sebab tak pernah nampak suaminya. Tapi kawan saya tak pernah pretend..dia jujur..dia mengaku dia isteri orang. Tapi kita ni orang perempuan...kalau dah bertahun hidup siksa jiwa raga tup-tup satu hari ada orang lain tampil tunjukkan prihatin dan prihatin tu lama-lama pasti bertukar menjadi sayang. Saya akui perasaan ini sebab saya pernah mengalaminya.
Bila tempoh 'bercuti' pun habis..balik lah si suami ni tadi. Berjanjilah dia takkan mengulangi perbuatannya lagi. Tapi janjinya valid untuk 4 minggu saja!! Masuk minggu ke 5 mula mencari balik 'kawan baik' dia. Kawan saya ni dapat tangkap. Melenting la kawan saya. Bergaduh lagi entah kali ke berapa. Tapi kali ni air mata kawan saya dah kering. Luka hatinya dah bernanah. Nanah tu dah nak pecah. So kawan saya minta cerai.
Dia tanya saya..salah ke dia minta cerai? Pada saya tak salah lah. Kaum kerabat si suami semua salahkan kawan saya.Mulalah cerita pasal kawan saya dah ada boyfriend keluar. Macam-macam gelaran kawan saya ni dapat. Semua PERCUMA!!
Kawan saya cerita lagi Si suami mula kutbahkan dia..suruh solat taubat..ingat tuhan. Ya Allah..hebatkan!!  Masa dia dok khayalkan dadah..layan kepala dia sampai  berkali-kali keluar masuk 'resort'..dia tak ingat pun nak ingat Allah. Bila hati si isteri dah berpaling pada yang lain..dan-dan si isteri ni 'kotor'. Mana aci!!!!

Setiap pasangan yang berkahwin mesti mengharapkan hubungan tu berkekalan hingga akhir hayat. Bak lata lagu Black tu.. 'ketawa bersama..menangis bersama..Ku bersumpah harap kita mati pun bersama'...Yes.. Hakikatnya bukan mudah. Part senang kongsi sama-sama..tapi yang susah kita tanggung sendiri.. Boleh ke macam tu? Mana ada perempuan yang berkahwin suka-suka nak bercerai? Saya bercerita melalui pengalaman perempuan sebab saya pun perempuan.
Salahkah kita bila hati terpaut pada orang lain sedangkan suami sendiri tidak berfungsi sebagai suami? Tang 'anunya' jangan cerita...tu memang berfungsi..tapi..tanggungjawap? Tanggungjawap suami ni besar.Berat. Tak ada isteri yang biarkan suaminya pikul tanggungjawap sorang-sorang. Tapi ada suami yang tak heran biarkan isteri pikul tanggungjawap tu.
Masa saya berulang ke Mahkamah Syariah untuk kes penceraian saya dulu..saya bertemu dengan pasangan ni.. Yang isteri berusia 67 tahun..si suaminya 73 tahun!. si suami berdiri pun dah tak tegak. Dah condong macam menara kat Teluk Intan. Saya tanya kenapa minta cerai? Makcik tu kata dah tak larat nak tanggung. Dari muda sampai tua makcik tu buat kuih bantu makan pakai keluarga. Suami ada kerja..ada la. Tak ada kerja..takde la.Makcik tu dah tak tahan. Dia minta cerai sebab suami tak ada tanggungjawap.
Saya cermin diri saya..ketika itu saya 32 tahun. Saya tak nak tunggu umur 67 baru nak turun naik mahkamah.Kalau saya ada jodoh..saya kawin lain  (jodoh sudah mariiiii....) Kalau tak ada jodoh..setidak-tidaknya hati saya tak sakit tengok suami takde 'fungsi'.
Jadi....salah ke tindakan kawan saya tu? Berdosa ke dia?
Berdosa ke dia hanya kerana dia mencari sebuah kebahagiaan dalam hidup? Kita ni bila berkahwin..bukanlah mengharapkan hidup jadi kaya raya. Cukuplah ada teman untuk berkongsi suka duka. Ada anak pengikat kasih sayang antara kita dan suami.Susah sangatkah? Tinggi sangatkah permintaan itu? Mahal sangatkah harga sebuah kebahagiaan tu?

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx




Tuesday 6 November 2012

Joget lambak (part 1)

Hai..hai..
Alhamdulillah...ramai juga kawan-kawan di FB saya mengikuti blog saya ni..Saya terharu!! Tak sangka pulak saya. Masa saya first share post saya..dalam hati berkata-kata.."ada ke orang nak baca?".. Alhamdulillah..ada rupanya. Terima kasih kawan-kawan.
Saya dapat request dari kawan saya sorang ni..dia minta saya tulis cerita pasal joget lambak. Sementelah memang lama saya join kugiran orang kawin ni..so tentu-tentu la ada cerita...dan saya nyatakan pada tajuk diatas ada part-part kan...sebab saya ada banyak cerita tapi rugi kalau nak muatkan dalam satu post saja. So...here's my first...

Saya muda lagi masa ni..rasanya i was 16..tingkatan 4. Saya join kugiran dari Man Black Studio, Kampar. Nama band ni Oyster.. Ye...Tiram tu!!.. :)
Saya ada tanya ..kenapa letak nama Oyster.Jawapan mereka..tiram tu dalamnya kan ada mutiara berharga..pastu mereka sambung pulak..Awak lah permata tu. Masa tu umur baru 16 kan..mula la tersengih-sengih cam kerang busuk..seronok sangat la konon..hahaha.(pandai depa mengayat kan!)
Saya baru je join band ni masa tu..baru-baru ikut pegi practise je la.Satu hari Abang Man Black(Allahyarham)  tanya saya..nak ikut tak pergi function?..Saya kata nak lah..bila lagi kan..hehehe
So malam tu saya ikut la..saya biasa pergi joget lambak ni sebab Mama dan Papa saya pun pernah main untuk band orang kawin jugak. Tapi kali ni saya join orang luar...so rasa janggal lah. Abang Man kata saya tengok saja la dulu..maybe nyanyi pun one or two songs je.
Layan tau pergi joget lambak kampung ni sebab macam saya yang ada hobi 'People Watching' ni...memang tempat saya lah!..Macam-macam kerenah boleh tengok. Macam-macam gaya orang menari boleh diperhati. Ada yang hebat tak kurang jugak yang hampeh!..Tapi...Layannnnnnnn.

So tiba-tiba Abang Man announce nama saya.Aduhaiiii..malunya saya. Band Man Black Studio ni ada pengikutnya sendiri..so followers ni pun pewit pewitt la sorak saya. Semua request lagu dangdut!! Aduhaiiiii..
Saya pun dengan merah muka (tak nampak sangat la sebab saya ni hitam manis..huhuhu..perasan)..bangun la ke depan khemah nyanyi lagu berjodol TERKEJUT. Terkejut...Juttt..Hatiku..Kuu (tau tak lagu ni?)

Start je musik.. 'penari-penari' pun meliuk lentok la semua. Macam-macam gaya! Bila saya start menyanyi je..semua sorakkan saya..Rasa macam Ella la masa tu..hahahaha. Tuan rumah pun siap ada sewa cameraman tuk videokan saat saya perasan Ella hari tu..hahaha..Ko ader?? >.<
Sampai la part chorus kan...
Liriknya..'Kau cium pipiku...'
Lirik saya...'Kau cium pipiku..adoi!!'
Entah dari mana datangnya..tepat pipi saya disengat TEBUAN! Saya terus terduduk pegang pipi.Band terus berhenti.Kaki joget terbangak-bangak..tak sedar apa jadi. Abang Man suruh saya alihkan tangan..nak tengok apa kat pipi saya..rupa-rupanya dalam sekelip mata tu pipi saya dah BENGKAK! Sibuk je tebuan tu. Takde orang lain dia nak sengat.
Nasib baik tuan rumah tu boleh 'baca-baca' sikit. Di jampinya air penawar untuk saya. Disuruhnya minum lepas tu bakinya disapu ke muka saya. Saya pun terus di bawa ke van tuk berehat la konon. Rupanya sampai je kat van..saya baring dan terus tertidur sampai joget habis!..Hahahahaha
Saya kena bahan sejak malam tu sampai berbulan-bulan lamanya. Ella kena sengat!!..Hahahaha..Saya buat muka poyo.Dalam hati usah kenang la..rasa macam taknak ikut pergi function lagi!
Tak lama lepas kejadian tu..Tuan rumah tu pun tunjuk la video malam tu pada kami.. Ramai-ramai la kami menontonnya..Dan part saya kena cium tu menjadi bahan bulan-bulan seterusnya.
Terbaeklah!!!

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Monday 5 November 2012

Been there....Done that !!

Salam.
I drove my son to his first day working yesterday. Just a part time job while wait for his exam result to be announce in December. Saya yang tanyakan kerja tu untuk Adam. As a waiter in one of Kampar popular mamak restaurant....Some asking..kenapa saya suruh Adam kerja? Maybe in their mind saya ni kedekut dengan anak-anak.I drive here and there tapi anak kena kerja untuk cari duit sendiri.
Salah tu!
Adam is 15 years old this year..At this range of age kids always feel like an adult but think like a child.So now is the right time to carve them. Saya mahu dia belajar macamana letihnya cari rezeki tambah-tambah lagi kena kerja jadi waiter. Ambil order,lap meja,hantar order,kerenah pelanggan ect ect.
Letih!
Malcolm selalu pesan pada Adam..belajar elok-elok kalau tak nak kerja susah pastu gaji ciput. Belajar sungguh-sungguh supaya dapat result exam terbaik dan boleh further study dan dapat kerja bagus. Kerja bagus gaji pun bagus la kata Malcolm lagi.
Betul la tu!
Saya pun kerja semasa tunggu result SRP saya dulu.Gaji yang diberi hanya RM380 sebulan.Kerja 6 hari seminggu..8 jam sehari.Kilang jam tangan.If i'm not mistaken...nama kilang tu Micro Machine.Don't ask me anything about the factory cause apart from what i do and where i eat..i don't remember the rest.At all!!.
Van pekerja datang ambil saya di rumah Opah at 6am..saya akan tidur sepanjang perjalanan pergi..sampai..saya punch card..buat kerja..lunch break..buat kerja..punch out..masuk van...tidur lagi sepanjang perjalanan balik semula ke rumah Opah.Saya tak ingat langsung macamana rupa kilang tu..hehehe.

Saya dah buat macam-macam kerja.Saya jadi wedding singer sejak umur saya 16 tahun.Bayaran yang saya terima? RM15 untuk function malam dan RM25 kalau saya ikut siang malam.Saya elak menyanyi untuk function siang malam sebab saya segan. Saya malu orang keliling tengok saya nyanyi..hahaha
Masa tunggu result SPM..saya tolong Mama jual nasi lemak kat kantin sekolah.Tak lama la sebab lepas tu saya kerja pulak di kilang Makolin.I had great time working there..made lots of friends.Rasanya tak sampai setahun saya di Makolin..i got recording offer from BMG..jadi artis wehhhh!!!..hahaha (i share this story in other post..kalau saya ingat)
Great 3 years of being a recording artis but things then go down hill. I got married. No money in bank so kena la cari kerja lain. sewaktu mengandungkan Aina saya kerja jadi tukang cuci pinggan mangkuk merangkap tukang kupas bawang di restoran makanan ala Thai di Gombak.Saya tak ingat pun nama majikan saya.Gaji saya RM35 satu hari.Saya kerja disana cuma beberapa bulan je..
Saya kembali menyanyi tapi kali ni di Lounge Hotel Casaurina Ipoh sewaktu Aina berusia 6 bulan..pun tk lama sebab suami saya ketika itu cukuplah cemburu dan panas baran.(malas nak cerita)
Macam-macam kerja lagi saya buat..Masuk kilang Jean..berhenti kilang Jean..masuk pulak Carsem. Berhenti Carsem..masuk balik Makolin..Berhenti Makolin..jadi tukang masak pulak..8 pagi hingga 3 petang jadi tukang masak..6 petang hingga 9 malam saya buat part time kat kedai buku Rythym pulak. sambil-sambil tu saya ajar tuition pada anak-anak jiran dan anak-anak saya jugak.
Macam-macam!
Saya pernah jadi pembantu untuk Mama saya pergi pasang pelamin di rumah orang.Saya gubah bunga. Saya pernah ambil tempahan jahitan 'cross stich'. Saya pernah ambil tempahan jahit labuci untuk baju pengantin. saya pernah jual burger.Buat stall sendiri..usang sangat..kalau tolak kuat sikit..stall saya roboh..haha.
Saya pernah juga jual nasi lemak di restoran cina...(orang cina rupanya lagi hebat makan sambal tumis).Jual nasi lemak bungkus..jual keropok lekor.Jadi pembantu di bazar ramadan.Oh ya...saya juga pernah bekerja di lawyer firm tau!..haha..kan main!!..Saya pergi hospital cari accident case.Pastu pujuk orang yang tengah sakit tu guna lawyer saya.Bukan senang tau kerja tu..Maklum la..orang tengah sakit..kita dok tanya ini itu. Saya siap kena tengking lagi.

Adam finish work at midnight.I go and pick him up. Dia pun cerita la si polan ni sombong..si polan tu baik. He did this..he did that. I smile at him. I told him not to give up. Kerja mana yang senang ye tak? Then i told him..saya pernah jadi pembantu untuk kawan yang jual capati dengan gaji RM5 untuk 5 jam bekerja. "Sikitnya...." kata Adam. Saya bagitau dia..sikit tu pun saya cari jugak untuk buat belanja sekolah dia dan Aina esok hari. Terus dia terdiam. So saya pinjam kata-kata Malcolm..saya cakap pada Adam.."kalau tak nak kerja macam ni sampai bila-bila...adik kena belajar elok-elok".
Adam diam je..saya harap dia faham la sekarang..bukan mudah cari rezeki. Tapi kalau kita buat apa kerja pun dengan ikhlas..gaji RM20 sehari yang dia bakal terima tu akan rasa macam banyak sangat.

Sebelum saya lelap mata dalam bilik saya..saya dengar Adam mengeluh di ruang tamu...
"Letihnyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa"
Rasanya malam tu saya tidur sambil tersenyum.



xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx


Saturday 3 November 2012

Ibu halalkan.....

Salam..
Today is 4th of November 2012..
Esok giliran my daughter to sit for last exam in secondary school..Jezz..She's 17 already!!??

She was born a day after my birthday..secara tepatnya..she is my BEST birthday present EVER!! Dia lahir dalam keadaan keluarga kami belum sempurna..We were young parents..banyak yang tak cukup..tapi dia tak pernah kurang kasih sayang. She got it from both of us and all two side of the family. She's the first grandchild for both family side..so kiranya dia memang dapat perhatian lebih but never spoil!..(thank god).

If i can turn back time..i prefer to have her at older age..HER...i will never change to others!!..Sebab rasanya kalaulah ketika itu saya ada wang simpanan atau setidak-tidaknya income keluarga yang stabil..i think i can give her better life...Not saying that she lives in awful life..No!!
As far as i concern..WE ALL OKEY!

She was a cubby little monster..Why i call her monster?..Because she sucked all out of me..thats why!! Dia menyusu badan sampai umurnya 2 tahun setengah. Bila sampai tahap macam anak kambing menyusu je..saya ambil keputusan berhentikan dia. Macam-macam cara saya guna termasuklah ikut tips orang tua sapu julap kat puting. Julap tu pahit..so dia mesti ta jadi menyusu kalau rasa pahit.My daughter ni..she spoke her first word when she was only 8 month old!..Dia cepat bercakap..So imagine la bila dia dah 2 tahun setengah...dah pot pet pot pet. So bila saya sapu julap tu..dia akan cakap kat saya.."ibu pegi basuh...koto!!"
Saya pun..errr...pastu pura-pura la basuh puting saya..This cubby little monster is so clever..she only put her tounge to taste if it still bitter..She didn't go and suck all the way.So hati-hati la mana-mana orang yang ingat boleh trick dia..nampak je poyo..tapi dia tau!!

Dia pernah kena pukul??..Ohh..Pernahhhhhhhhhhhhhhh...Dia pernah teruk kena pukul. Tapi bukan sebab saya mahu mendera dia...Niat saya mengajar..Saya pernah pukul dia sebab saya geram pada Ustazah yang sepatutnya 'mengajar' dia tapi sebaliknya anak saya jadi lebih bodoh sebab cara Ustazah tu mengajar tak betul.Selepas tengok macamana saya 'belasah' anak saya depan dia (dia tinggal di hadapan rumah saya)..dia jadi takut.So since that day..dia lebihkan perhatian dia for my daughter..and everything got better since.. Terima kasih Ustazah..hehehe..

We share same interest in books.I love reading and i start reading for her sejak saya mengandungkan dia.I bought a lot of books for her and she read them all..One thing i noticed that we share not just books..but in photography,writing and clothes too (i already told you guys about it). Di usia 3 tahun..dia sudah pun boleh membaca..Alhamdulillah.

Dia start sekolah semasa berumur 5 tahun. 2 tahun dia tadika islam.6 years in primary school and 5 years in secondary school...and will be sitting for final exam tomorrow. I'm nervous!! Very-very nervous!!

To Aina : Ibu halalkan dari seringgit hingga God know how much yang Ibu dan spent into your education. I know it wasn't much but jika cara ini lebih meringankan tekanan exam esok so..IBU HALALKAN..
I know you can do it..just take your time..Baca soalan dulu..Jangan terburu-buru.Ibu doakan yang terbaik untuk Aina.I love you very much and all the best for SPM.

...and i will still be nervous till the exam finish.

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx